Wednesday, November 26, 2008

Lelaki dipenjara seumur hidup rogol dua anak perempuan~

Lelaki dipenjara seumur hidup rogol dua anak perempuan
26/11/2008 5:51pm

LONDON 26 Nov. – Seorang lelaki berusia 56 tahun dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah merogol dua anak perempuannya secara berulang-ulang selama hampir 30 tahun sehingga menyebabkan mangsa melahirkan sembilan orang anak.

Tertuduh telah menyebabkan anak perempuan sulungnya hamil sebanyak tujuh kali dan melahirkan empat orang anak dengan dua daripada mereka meninggal dunia sebaik-baik sahaja dilahirkan.

Sementara anak perempuan bongsu pula dirogol sehingga hamil 12 kali dan melahirkan lima orang anak.

“Hampir 40 tahun saya menghakimi kes jenayah... ini adalah kes terburuk yang pernah saya kendalikan,” kata Hakim Alan Goldsack dalam keputusan beliau di Mahkamah Diraja Sheffield, utara England.

Pendakwaraya, Nicholas Campbell menjelaskan bahawa kedua-dua mangsa dirogol sejak berusia remaja dan sekiranya melawan mereka akan ditumbuk, ditendang atau dipanggang dengan api gas. - AP

p/s: oh..father..father..jgn la rogol ur daughters.. they r innocent.. y dont u jst stret go to DOlly.. i think u might hv fun there..

No comments: