Friday, September 12, 2008

Pendatang Indonesia penjenayah paling ramai ~

Pendatang Indonesia penjenayah paling ramai

Copyright from Utusan Online, 11sept08

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Pendatang Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes jenayah di negara ini pada tahun lalu dan kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1,984 pendatang Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah pada 2006 dan ia meningkat kepada 134 orang bagi tahun 2007.

"Polis memandang serius penglibatan warga asing termasuk rakyat Indonesia dalam kes-kes jenayah di negara ini.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang terbabit dalam kes jenayah tanpa mengira negara asal mereka," katanya.

Menurut Mohd. Bakri, warga Filipina pula kedua paling ramai terlibat dalam kes jenayah pecah rumah iaitu 30 orang pada 2006 dan meningkat mendadak kepada kepada 121 orang pada 2007.

"Perlu diingat, penjenayah warga asing sekarang tidak sama seperti penjenayah dahulu, mereka juga semakin berani dan agresif melakukan sesuatu aktiviti jenayah.

"Malah dalam sesetengah kes, mereka bukan saja bersenjatakan parang atau pisau tetapi turut memiliki senjata api... mereka semakin berbahaya," jelasnya.

Mengikut statistik Bukit Aman, kadar jenayah pecah rumah meningkat 4,727 kes kepada 33,599 kes pada 2007 berbanding 28,872 kes pada 2006.

Selangor mencatatkan jumlah kes pecah rumah paling tinggi pada tahun 2006 dan 2007 iaitu daripada 6,769 kes meningkat kepada 8,798 kes.

Pada 2006, Johor pada kedudukan kedua dengan 3,461 kes dan jumlahnya menurun kepada 3,205 pada tahun lalu manakala Kuala Lumpur mencatat 3,335 kes pada 2006 dan naik kepada 3,846 kes pada 2007.

Sementara itu, Mohd. Bakri menegaskan, pihak polis sedang menggiatkan usaha untuk membanteras jenayah pecah rumah terutama yang melibatkan warga asing di negara ini.

"Kita akan terus menerus membanteras kegiatan pecah rumah yang melibatkan warga asing.

"Kita juga akan bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan penjenayah terbabit yang melarikan diri ke luar negara," ujarnya.

P/S: moral of d value, dtgla dgn illegal and in good aim.. work in Halal way.. then balik Indon hidup mewah..jgn stay lame2 n bermastautin n beranak pinak jd kerakyatan Malaysia ...or if u guys wanna d other sides...plz go back to ur own country..work in Indon la nyerk... Merdeka Malaysia! (semangat btol).. hati2 sume blk raya nih.. lock ur house n psg alarm.. scary huh~



No comments: